Produk
Utama > Produk
DIY Hafaz Quran Di Rumah
PACU PUBLISHED
Buku ini ditulis oleh Ustazah Bushra Talib dan Puan Hajah Asral widad serta disusun oleh tenaga pengajar Raudatul Huffaz. Buku DIY ini menerangkan cara-cara untuk menghafal Quran sesuai untuk semua peringkat umur , mempunyai hadith yang mudah untuk kita hafal dan fahami beserta penerangan tentang surah lazim-asbab nuzul disamping terdapat tindakan iman.
Selain itu,video dan audio panduan lengkap penggunaan buku DIY turut disertakan untuk memudahkan proses pembelajaran. Keistimewaan buku juga terdapat teknik untuk menghafal surah dengan mudah.
Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah
PACU PUBLISHED
Buku ini berkisarkan tentang kisah daripada surah-surah yang terkandung didalam Al-Quran. Buku yang ditulis oleh Ustazah Bushra ini telah mendapat sambutan diseluruh Malaysia dan mendapat pengiktirafan oleh beberapa orang asatizah di Malaysia, antaranya ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Selain itu, buku ini bukan sahaja menceritakan tentang kisah disebalik surah, malah turut diselitkan juga dengan kalam hikmah beserta dengan dengan fakta saintifik dan beberapa sejarah yang berjaya dibongkar untuk menambah pengetahuan pembaca. Buku ini lengkap untuk pembaca mengetahui tentang surah yang terkandung di dalam Al-Quran secara terjemahan, sejarah, fakta menarik sesuai dengan penggunaan orang awam untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan cara yang mudah.
The Revelations of the 114 Surah Names in the Quran
PACU PUBLISHED
The Revelations of the 114 Surah Names in the Quran is a book that clearly unravels the names of surahs in the Quran as per the title. This book is full with knowledge related to the Qur’an, suitable as a starting point for readers to understand and deepen the knowledge of God’s revelation.
The book is sized B5, the words are big enough to be read, and book size is small enough for it to be carried anywhere with you.
So what do we have in this book. In the first instance when you open the book, you will know it is colourful, less strainful to the eyes and attractive in its outlay and contents.
Kad Imbas Qoroa Hijaiyah versi fathah
PACU PUBLISHED
Kad ini adalah produk terbaru Qoroa yang mana membantu ibubapa dalam memulakan pembacaan Quran dengan cara yang seronok dalam bentuk flashcard.
Kad ini didatangkan khas dan berbeza dari pasaran kerana ia dalam Bahasa arab. Tujuan utama adalah untuk mengenalkan anak-anak seawal usia tentang huruf hijaiyah iaitu huruf huruf Bahasa arab . Bahasa arab adalah juga Bahasa syurga, jadi ia menjadi kewajiban kepada ibubapa terutamanya umat islam untuk memahami Bahasa tersebut.
Al-Quran Eksklusif Qoroa (tanpa tagging)
PACU PUBLISHED
Al-Quran ini merupakan Al-Quran Eksklusif kerana ia mempunyai tag besi berwarna emas bercetak QOROA iaitu ‘baca’ untuk menggalakkan membaca al quran. Ia sangat sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun hantaran untuk para lelaki. Ianya juga direka khas sesuai dengan penggunaan para lelaki diluar sana dengan lebih bersytle dan berzip. Dengan tagline “Special design for men” mengkhususkan untuk mereka yang berhajat mendampingi Al-Quran dimana jua berada.
Dalam masa sama, tak nampak macam ‘ustaz’ sangat. Kami faham ada dikalangan kita yang nak sentiasa berdamping dengan Al-Quran, tapi risau nampak macam ‘alim’ sangat, nak jaga hati dari riak dan malu di ‘judging’ oleh kawan rapat. Maka, dengan itulah terhasilnya design moden seperti ini.

Kelas Mengaji Akademi Qoroa
PACU PUBLISHED
Akademi Qoroa merupakan platform anak baca dan celik al quran. Akademi ini ada menyediakan kelas mengaji online untuk kanak-kanak seawal 5 tahun sehingga dewasa.
Kelas mengaji ini juga menawarkan pakej yang berpatutan dan teknik yang sesuai untuk kanak kanak dan mereka takkan bosan. Paling penting anak anda akan dapat kelebihan :
- Modul khas sepanjang sesi pembelajaran
- Banyak pilihan pakej yang jimat dan berbaloi
- Rekod mengaji harian dan sijil peningkatan aras
- Sesuai untuk anak-anak berumur 7 tahun sehingga dewasa
Inilah masanya untuk anda asah ilmu al-Quran dan asas agama anak anak anda . Jom daftarkan anak anda segera!
Harga: RM 50/sebulan