Al-Quran ini merupakan Al-Quran Eksklusif kerana ia mempunyai tag besi berwarna emas bercetak QOROA iaitu ‘baca’ untuk menggalakkan membaca al quran. Ia sangat sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun hantaran untuk para lelaki. Ianya juga direka khas sesuai dengan penggunaan para lelaki diluar sana dengan lebih bersytle dan berzip. Dengan tagline “Special design for men” mengkhususkan untuk mereka yang berhajat mendampingi Al-Quran dimana jua berada.
Dalam masa sama, tak nampak macam ‘ustaz’ sangat. Kami faham ada dikalangan kita yang nak sentiasa berdamping dengan Al-Quran, tapi risau nampak macam ‘alim’ sangat, nak jaga hati dari riak dan malu di ‘judging’ oleh kawan rapat. Maka, dengan itulah terhasilnya design moden seperti ini.
Ia juga sangat sesuai untuk lelaki maskulin yang suka bergaya dan urban namun ada jiwa Islamik di dalam hati. Boleh jadikan juga sebagai peneman di dalam kereta ,sewaktu trafik jam, di bilik pejabat anda ataupun diwakafkan di surau-surau. Al Quran ini mempunyai kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN)










Reviews
There are no reviews yet.